Bagi ibubapa, mencipta persepsi anak bukanlah suatu yang mudah. Begitu juga suami kepada isterinya. Bagi juga seorang guru, mencipta persepsi pelajar2x bukan satu tugas mudah. Ia harus diadun dengan semua elemen2x sifat mahmudah , bukan segelintir aspek sahaja. Persepsi bukanlah suatu lakonan tapi ia adalah yang terbit daripada hati..
Sekiranya seseorang (cthnya guru2x) tidak bijak mencipta dan mengurus persepsi orang lain (pelajar2x) sudah tentu pihak yang lain akan mencipta persepsinya sendiri dan persepsi orang lain itu janganlah diharap akan sealiran dengan fikiran dan rasional kita.
Sewajarnya kita dapat merangka suatu perancangan persepsi yang mantap dan berkesan serta balutlah kerangka persepsi itu dengan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t
Monday, November 09, 2009
Mengurus persepsi pelajar (mad’u)
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Monday, November 09, 2009 0 comments Links to this post
Friday, November 06, 2009
Aku, Kematian dan AirAsia
Sekarang musim tengkujuh, hujan lebat boleh kata setiap hari..entah kenapa sejak akhir2x ni rasa macam umur dah nak sampai ajal..sejak 2-3 kali kebelakangan ni naik AirAsia rasa macam nak terhempas je kapal terbang ni..mana tak nye, flight tetap terbang walaupun hujan lebat...dalam masa yang sama belum sedia lagi nak mati..itulah jawapan yang sama sejak dulu lagi..”belum sedia lagi”…agak2x bila ye betul2x sedia nak mati ?? padahal nyawa sentiasa di hujung tanduk..
Umat Islam sekarang suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.
Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 95, Allah telah menceritakan gelagat orang-orang Yahudi yang hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati. Firman Allah, “Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.”
Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”
INGAT MATI SEMENTARA MASIH HIDUP
Wallahu’alam.
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Friday, November 06, 2009 0 comments Links to this post
Thursday, October 29, 2009
Bencana alam Vs Bala
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Thursday, October 29, 2009 0 comments Links to this post
Sunday, October 18, 2009
Uniform pramugari wajar dinaik taraf
Dalam tempoh 4 bulan ini sahaja sudah 7 kali (sehala) atau 14 kali (return) saya menaiki kapal terbang untuk pulang ke semenanjung, kali ini baru terfikir untuk menaip artikel ini setelah melihat keadaan uniform pramugari samada Air Asia atau MAS yang secara terang-terangan menjual maruah dan kehormatan wanita semata-mata keuntungan. Memang tidak dinafikan semua uniform pramugari bagi syarikat penerbangan seluruh dunia hampir sama iaitu seksi dan ketat ! tetapi bukankah pihak kerajaan yang mendakwa Malaysia ini Negara Islam mempunyai kuasa untuk mengubahnya..Sambil berpakaian seksi, dengan senyuman dan layanan yang diberikan pastinya akan menggugat iman siapa yang melihatnya..Runtuhnya tamadun dan nilai kemanusian yang bergelar pramugari !
Terbaru, lebih memalukan apabila iklan air asia di TV yang memaparkan gambar seorang budak lelaki yang mengambil gambar pramugarinya yang disifatkan sebagai lucah! dan mendapat kritikan banyak pihak.
Berbaloikah mendapat gaji 2-3 ribu sebagai pramugari tetapi menggadaikan kehormatan dan yang lebih berat lagi menggantikan dosa kerana gaji? Lu piker la sendiri !
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Sunday, October 18, 2009 0 comments Links to this post
Thursday, October 08, 2009
Bercintalah selepas kahwin...

Tahun 2009 menghampiri penghujung, peperiksaan akhir tahun bagi pelajar2x sudah semakin hampir. Pelajar2x saya yang berusia 13 tahun dilihat kebanyakannya sudah mula menunjukkan kematangan fizikal & mental. Masing2x sudah mula menunjukkan riak2x ingin hidup berpasangan..Tahun ini sahaja, sudah 4-5 keping surat cinta antara pelajar2x saya jumpa.. Seringkali saya berpesan kepada mereka akan akibat ‘cinta monyet’ ini, masing2x tersipu2x malu..namun langsung tidak menunjukkan sebarang kesan..Buatlah apa saja strategi dll, selagi dasar Negara tidak ditukar kepada dasar Islam maka segalanya sukar untuk berhasil !
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Thursday, October 08, 2009 2 comments Links to this post
Wednesday, September 30, 2009
Ops Sikap...


THE Hari Raya holidays have just passed and the results are out. As usual, the big numbers are still there, and are still disturbing. 2009's Ops Sikap, the 20th one running since its start in 2001, saw 261 road deaths during this Aidilfitri period. On Sunday, 27 Sept, alone there were 23 fatalities on our roads. There were 208 fatalities recorded during Hari Raya in 2008 and 225 in 2007.
Ops Sikap, a campaign that usually runs for two weeks during festive holidays, typically aims to stop motorists from a host of road offences such as exceeding the legal speed limit and driving dangerously. But is Ops Sikap a real indication of how we drive?
Statistics on the government-run PanduCermat.org.my from 1998 to 2007 actually show a steady decrease in road-related figures. For example, there were 21,363 accidents (injuries) in 2007 compared with 49,953 in 1998. The fatalities index per 10,000 registered vehicles also dropped from 6.28 in 1998 to 3.7 in 2007. While the figures might still look bad to some, the fatality index was actually as high as 8.20 in 1996.
Despite the drop in death rates, however, there has still been a rise in traffic accidents with the increase of roads from 11,161km in 1974 to 71,814km in 2005. Vehicle ownership has also increased from 9.6 people per vehicle in 1974 to 1.7 people per vehicle in 2005. Do these figures suggest that our roads are better, or that our emergency services have improved over the years?
Some would argue that what truly counts is the way Malaysians drive during non-festive periods, because the statistics for festive periods might not be representative of overall trends. The Ops Sikap statistics from 2001 to 2008 show that there have been dips and increases which seem to hover around an average of 215 deaths during each festive season. This works out to an average of 14 deaths per day during each Ops Sikap in this period.
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Wednesday, September 30, 2009 0 comments Links to this post
Saturday, September 12, 2009
Rindu Bau Tarbiyyah Semenanjung...
Haruman tarbiyyah dari semenanjung amat dirindui, bersama-sama tuan guru dan alim ulama’..Sempit dada ini tanpa sentuhan mereka..sepi…pilu…Demi untuk sebuah perjuangan, sedaya upaya untuk menghamburkan haruman tarbiyyah di bumi gersang ini…namun tanpa menerima haruman tarbiyyah daripada tuan guru/alim ulama pastinya akan menyempitkan dada ini ‘sesak’ untuk menghamburkan tarbiyyah kepada masyarakat di bumi gersang ini ! Kesibukan/komitmen kerja bukanlah alasan !
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada Kami untuk Istiqamah…Amin.
Posted by Mohd Yunus Bin Jalani at Saturday, September 12, 2009 0 comments Links to this post


